ISNIN, 15 Jun 2020 – Selain memandu mengikut Undang-undang dan Peraturan Jalanraya, sentiasa memandu berhati – hati, berwaspada, bertolak ansur dan bertimbang rasa sesama pengguna Jalanraya, setiap pemandu juga ditegaskan supaya lebih peka dan teliti dalam memastikan kenderaan yang hendak dipandu sentiasa dalam keadaan selamat.

Seperti kenyataan daripada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat bahawa punca kebakaran kenderaan adalah disebabkan kerosakan pada enjin dan bahagian atau komponen mekanikal kenderaan kerana diubahsuai atau menggunakan alat ganti yang tidak bersesuaian atau diperbaiki oleh bengkel atau pihak yang tidak berkelayakan.

Jika kerosakan atau kebakaran berlaku ketika dalam pemanduan atas Jalanraya, pemandu bila -bila masa sahaja menghadapi masalah pemanduan seperti hilang kawalan terhadap kenderaan yang sedang dipandu umpamanya masalah brek yang tidak dapat berfungsi, enjin kenderaan boleh sahaja bila-bila masa terhenti yang akan menyebabkan pemandu hilang fokus dimana perkara boleh mengundang kemalangan.

Kemalangan di Jalanraya bukan sahaja boleh mengakibatkan kerosakan pada harta benda tetapi juga boleh meragut nyawa dan kecederaan bukan sahaja pada pemandu atau penumpang dalam yang sedang dipandu malah pada pengguna Jalanraya yang lain.

Sebaliknya, kemalangan kenderaan itu juga boleh mengakibatkan kebakaran pada kenderaan apabila terjadi hentakan yang terlalu kuat disebabkan kelajuan dimana ini boleh menyebabkan kebocoran atau spark di bahagian komponen enjin.

Di samping itu, dinasihati kepada mana-mana individu yang hendak membeli kenderaan haruslah mengetahui sejarah kenderaan sebelum ianya dimiliki kerana berkemungkinan kenderaan berkenaan pernah mengalami kerosakan yang sudah tidak melayakannya untuk dipandu atas Jalanraya. Antara kata lain jangan mudah terpedaya dengan hanya melihat kepada luaran kenderaan sahaja.

Sebagai tambahan kebakaran kenderaan bukan sahaja berpunca dari kerosakan seperti yang dinyatakan tetapi boleh juga berpunca dari bahan-bahan yang mudah terbakar yang ditinggalkan dalam kenderaan seperti powerbank, magnifying glass, ignited item, minyak atau cecair mudah terbakar dan seumpamanya.

Pemandu juga dinasihati mematuhi Peraturan semasa pengisian minyak di Stesyen Pengisian minyak terutama hendaklah memastikan enjin kenderaan dimatikan sebelum mengisi minyak.

Oleh itu, untuk mengelakkan dari sebarang kebakaran kenderaan yang berpunca dari perkara-perkara seperti yang dinyatakan, setiap orang terutama pemandu hendaklah mementingkan tanggungjawab masing-masing di mana pengetahuan kesedaran umum terhadap risiko kemalangan adalah sangat mustahak.

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI