SOALAN LAZIM
1. Berapakah gaji asas jika saya menyertai Pasukan Polis Diraja Brunei sebagai Pegawai Polis?
Struktur Gaji
Permulaan gaji bergantung kepada kelayakan pendidikan pemohon.
|
Pangkat |
Skala Gaji dan Keistimewaan |
Kelayakan Pendidikan |
Keperluan Tambahan |
|
Pegawai Kadet Penolong Penguasa Polis Percubaan |
PD13 Pemegang ijazah akan menerima elaun tambahan berikut: |
Mempunyai Ijazah Sarjana Muda, sekurang-kurangnya Kepujian Kelas Kedua Bawah atau kelayakan berkaitan yang diiktiraf oleh Majlis Kebangsaan Akreditasi Brunei Darussalam, Kementerian Pendidikan. Memiliki kelayakan yang lebih tinggi merupakan satu kelebihan. |
Lelaki dan perempuan |
|
Pegawai Kadet Inspektor Percubaan |
PD10 |
Mempunyai ijazah biasa atau ijazah kepujian Kelas Ketiga. |
Lelaki dan perempuan |
|
Pegawai Kadet Inspektor Percubaan |
PD10 |
Mempunyai Diploma Kebangsaan Tinggi (HND) atau kelayakan berkaitan yang diiktiraf oleh Majlis Kebangsaan Akreditasi Brunei Darussalam. |
Lelaki dan perempuan |
|
Polis Konstabel |
PD1 B$580 + B$300 (Elaun Catuan) Selepas enam bulan PD2: |
Pemohon hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya: |
Lelaki dan perempuan |
2. Saya berminat untuk menyertai sebagai Pegawai Polis, bagaimanakah cara untuk memohon?
Iklan jawatan akan dimaklumkan melalui Instagram rasmi Pasukan Polis Diraja Brunei UPA.PPDB.
Para pemohon hendaklah membuat pendaftaran secara dalam talian ke Portal PSCR 2.0 (PSC RECRUITMENT 2.0) dan pemohon hendaklah menggunakan akaun e Darussalam yang aktif. Sila rujuk panduan pengguna di www.recruitment.gov.bn atau Instagram rasmi PSC.BN dan jika ada sebarang permasalahan atau pertanyaan dalam melengkapkan profil PSCR 2.0 bolehlah menghubungi khidmat bantu dalam talian WhatApp +673-7371961 (semasa waktu bekerja) bagi maklumat lanjut.
Syarat-syarat kelayakan dan tatacara menghadapkan permohonan boleh dimuat turun dari laman sesawang Pasukan Polis Diraja Brunei di www.police.gov.bn.
Bagi sebarang pertanyaan dan makluman lanjut bagi jawatan PEGAWAI KADET PENOLONG PENGUASA POLIS PERCUBAAN dan PEGAWAI KADET INSPEKTOR PERCUBAAN, sila emel ke alamat cpu@police.gov.bn ataupun melalui talian 2459500 ext 725.
Bagi sebarang pertanyaan dan makluman lanjut bagi PENGAMBILAN REKRUT POLIS KONSTABEL, sila emel ke alamat pengambilan.ppdb@police.gov.bn
3. Apakah syarat fizikal minimum untuk menyertai Pasukan Polis Diraja Brunei?
Pemohon lelaki – Tinggi tidak kurang daripada 1.63 meter (5 kaki 4 inci)
Pemohon perempuan – Tinggi tidak kurang daripada 1.57 meter (5 kaki 2 inci)
Indeks Jisim Tubuh (BMI) 18.5 hingga 28 (Lulus)
4. Apa itu Sijil Kelakuan Baik?
Sijil Kelakuan Baik dikeluarkan kepada warganegara Brunei atau penduduk tetap atau mana-mana warga asing yang pernah bekerja dan menetap di Negara Brunei Darussalam, bagi mengesahkan bahawa individu yang dinamakan tidak mempunyai rekod jenayah sepanjang tempoh berada di Negara Brunei Darussalam.
5. Bagaimanakah saya boleh memohon Sijil Kelakuan Baik?
Untuk memohon Sijil Kelakuan Baik, pemohon dikehendaki mengisi borang CRF1 (yang boleh dimuat turun dari Laman Sesawang PPDB atau diperoleh daripada Pejabat Unit Rekod Jenayah, Bangunan Ibu Pejabat Polis, Gadong) berserta salinan pasport pemohon, kad pengenalan, resit pembayaran, surat bagi pihak, surat biasiswa daripada Kerajaan, NBI Form 5 [Warganegara Filipina], FIPS [Warganegara Singapura], IIFF [Warganegara Kanada], Police 199 [Warganegara Brunei].
6. Bolehkah saya memohon Sijil Kelakuan Baik bagi pihak orang lain?
Anda boleh mengemukakan permohonan bagi pihak orang lain sekiranya anda dapat menyediakan semua dokumen yang diperlukan seperti di atas. Penghantaran permohonan secara hadir sendiri adalah dari jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari dan 1.30 petang hingga 3.00 petang pada hari Isnin hingga Khamis, dan dari jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari pada hari Sabtu.
7. Berapakah bayaran yang perlu saya bayar untuk memohon Sijil Kelakuan Baik?
Bagi setiap individu yang memohon Sijil Kelakuan Baik (Certificate of Good Conduct), bayaran pemprosesan sebanyak B$50.00 (Lima Puluh Dolar sahaja) di Bahagian Kewangan, Tingkat 1, Ibu Pejabat Pasukan Polis Diraja Brunei, Jalan Tungku.
Bayaran boleh dibuat pada waktu berikut:
- Isnin hingga Khamis: 8:00 pagi – 11:30 pagi dan 2:00 petang – 3:00 petang
- Sabtu: 8:00 pagi – 10:00 pagi
8. Permit Polis – Adakah saya perlu memohon permit ini?
Mana-mana orang yang ingin menganjurkan atau mengadakan suatu perhimpunan atau perarakan di tempat awam hendaklah terlebih dahulu (dan tidak kurang daripada 7 hari sebelum tarikh perhimpunan atau perarakan yang dicadangkan) membuat permohonan permit kepada Pesuruhjaya Polis – Di bawah Seksyen 9(1) Akta Ketenteraman Awam Bab 148.
9. Apakah aktiviti yang lazimnya diadakan dan memerlukan permit?
Berikut ialah senarai aktiviti yang lazimnya memerlukan permit:
(a) Perhimpunan keagamaan;
(b) Perarakan Festival;
(c) Perarakan keagamaan; dan
(d) Ceramah awam.
10. Apakah hukuman bagi mengadakan perhimpunan atau perarakan tanpa permit?
Mana-mana orang yang mengambil bahagian dalam menganjurkan, mengadakan atau mengarahkan mana-mana kumpulan yang menyalahi undang-undang; atau terus mengambil bahagian dalam mana-mana kumpulan yang menyalahi undang-undang yang telah diperintahkan di bawah seksyen 11(2)(b) Akta Ketenteraman Awam Bab 148 supaya bersurai, adalah melakukan suatu kesalahan: Hukuman, penjara selama 3 tahun dan denda sebanyak $5,000.
