BELAIT, Khamis, 12 Jun 2026 — Daerah Polis Belait, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), telah menganjurkan perlawanan bola sepak persahabatan di Padang Bola Ibu Pejabat Daerah Polis Belait pada Rabu, 10 Jun 2026.

Perlawanan tersebut mempertemukan pasukan gabungan ahli-ahli Pengawasan Kejiranan (PK) dari kawasan Kuala Belait, Panaga dan Seria menentang pasukan pegawai serta anggota polis veteran Daerah Polis Belait.

Hadir menyaksikan perlawanan berkenaan ialah Penolong Pegawai Daerah Belait, Pegawai Pemerintah Daerah Polis Belait, pegawai-pegawai Daerah Polis Belait, serta penghulu dan ketua-ketua kampung di bawah tadahan Daerah Polis Belait.

Pasukan gabungan PK berjaya meraih kemenangan dengan jaringan 8–5 ke atas pasukan pegawai dan anggota Daerah Polis Belait. Sebagai tanda penghargaan, cenderahati berupa gambar kenangan telah disampaikan kepada Penolong Pegawai Daerah Belait.

Penganjuran aktiviti ini bertujuan menggalakkan amalan gaya hidup sihat serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan melalui sukan. Selain itu, perlawanan ini turut menjadi platform dalam mempererat hubungan silaturahim dan memperkukuhkan kerjasama antara penghulu, ketua-ketua kampung, ahli-ahli PK, anggota penghubung atau ’focal point’ komuniti serta warga Daerah Polis Belait.

Dikeluarkan Oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

IBU PEJABAT POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI