BRUNEI-MUARA, KHAMIS, 23 Julai 2026 – Unit Siasatan Penumpasan Perjudian dan Pencegahan Maksiat (USPPPM), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah menjalankan satu operasi serbuan ke atas sebuah rumah di kawasan Kampung Selayun, Jerudong, baru-baru ini.

Serbuan telah berjaya menahan tiga wanita warganegara asing berusia antara 37 hingga 49 tahun yang disyaki terlibat dalam kegiatan tidak bermoral. Semua suspek bersama bahan-bahan bukti telah dibawa ke JSJ bagi membantu siasatan lanjut. Kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 294A, Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22.

PPDB akan terus mempergiatkan usaha membanteras kegiatan pelacuran dan jenayah tidak bermoral di negara ini. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kegiatan sedemikian adalah diseru untuk menyalurkannya ke balai polis berhampiran atau menghubungi talian kecemasan 993. Kerjasama orang ramai amat dihargai dalam membantu memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.

Dikeluarkan Oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

IBU PEJABAT POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI