BRUNEI-MUARA, Sabtu, 23 Mei 2026 – Bahagian Siasatan Jenayah Siber (BSJS), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), telah dijemput untuk menyampaikan taklimat bertajuk “Penipuan Dalam Talian” sempena Kursus Persediaan Kenaikan Pangkat Penolong Penguasa Bomba dan Penyelamat yang diadakan di Pusat Latihan Bomba dan Penyelamat, Lambak Kanan.
Taklimat tersebut telah dihadiri oleh seramai 29 orang peserta yang terdiri daripada 12 orang peserta kursus serta 17 orang warga dari Pusat Latihan dan Balai Bomba, Lambak Kanan.



Taklimat telah disampaikan oleh Ketua Inspektor Adinin bin Haji Ahmad yang menekankan mengenai ancaman penipuan dalam talian serta tindakan yang perlu diambil apabila menerima sebarang maklumat yang meragukan, termasuk segera membuat laporan melalui Talian Bantu Penipuan Dalam Talian 16993. Melalui sesi taklimat ini, diharapkan para peserta akan lebih peka dan berwaspada terhadap pelbagai taktik penipuan dalam talian yang semakin berkembang.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
