GADONG, Isnin, 20 April 2026 – Bahagian Siasatan Jenayah Siber (BSJS), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) telah mengadakan satu taklimat mengenai penipuan dalam talian kepada anggota-anggota Pasukan Simpanan ’B’ Kompeni, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB).
Taklimat telah disampaikan oleh Ketua Inspektor, Adinin bin Haji Ahmad kepada 106 orang anggota bertempat di Dewan Serbaguna Pasukan Simpanan ‘B’ Kompeni.


Objektif taklimat ini diadakan adalah bagi memberi kesedaran kepada anggota-anggota yang hadir mengenai tren penipuan dalam talian yang semakin menular. Mereka dinasihatkan untuk sentiasa peka dan berhati-hati agar tidak terpedaya dengan tawaran yang mencurigakan daripada individu yang tidak dikenali.
Dihasratkan supaya taklimat seperti ini akan dapat mendidik dan meningkatkan kesedaran kepada peserta yang hadir akan pentingnya pengetahuan dalam memahami apa itu jenayah penipuan dalam talian bagi sama-sama melindungi diri serta keluarga dari terperangkap menjadi mangsa jenayah ini.

Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
