Bandar Seri Begawan, Khamis, 16 April 2026 – Bahagian Siasatan Jenayah Siber (BSJS), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah dijemput untuk menyampaikan taklimat bertajuk “Penipuan Dalam Talian” kepada pegawai dan kakitangan Autoriti Industri Teknologi Info-Komunikasi (AITI). Taklimat tersebut telah diadakan di Dewan Seri Kerna, AITI, Anggerek Desa, Berakas.
Hadir ialah Timbalan Ketua Eksekutif Telekom, Hjh Siti Hairmi binti Hj Brahim, dan Timbalan Ketua Eksekutif Pembangunan, Julianah Hj Ali Ahmad, bersama seramai 85 orang peserta.




Seterusnya, pada Sabtu, 18 April, BSJS turut dijemput untuk menyampaikan taklimat bertajuk “Kesedaran Jenayah Siber” kepada warga Sekolah Menengah Chung Ching, Seria. Hadir menyaksikan taklimat ialah Shirle Ng selaku CCMS School Inspector dan Kah Jin Yau selaku Pengetua sekolah, bersama 33 orang ibu bapa/penjaga, 10 orang tenaga pengajar dan 88 orang pelajar.
Kedua-dua taklimat tersebut telah disampaikan oleh Ketua Inspektor Adinin bin Haji Ahmad, dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai ancaman jenayah siber serta langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan dalam talian.



Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
