BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 2 Julai 2026 – Bedah siasat yang dijalankan oleh pakar patologi telah mengesahkan bahawa kematian bukan berpunca daripada sebarang jenayah atau perkara yang mencurigakan.  Sementara itu, usaha mengenal pasti identiti si mati masih diteruskan. 

Cap jari si mati telah diambil dan dihantar ke Jabatan Siasatan Jenayah PPDB serta Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan bagi membantu proses pengenalpastian. 

Orang ramai yang mengenali si mati atau mempunyai sebarang maklumat berkaitan identitinya adalah dinasihatkan supaya tampil ke hadapan dan menghubungi balai polis yang berhampiran.  

Orang ramai juga adalah dinasihatkan supaya tidak membuat spekulasi dan tidak menyebarkan maklumat yang belum dipastikan kesahihannya. Bagi mereka yang memerlukan bantuan kesihatan mental, sila hubungi Talian Harapan 145.  Sebarang perkembangan akan dimaklumkan melalui saluran rasmi PPDB, jika perlu.

Dikeluarkan Oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

IBU PEJABAT POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI