BRUNEI-MUARA, SELASA, 29 September 2026 – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) baru-baru ini telah mengambil bahagian dalam Seminar on Digital and Online IP Infringement and Enforcement anjuran Brunei Intellectual Property Office (BruIPO) yang berlangsung di Golden Jubilee Hall, Law and Courts Building.
Dalam seminar tersebut, Ketua Unit Siasatan Siber, Bahagian Siasatan Jenayah Siber, Penolong Penguasa Polis Mohd Zulhelmi Azmi bin Dato Paduka Haji Abd Aziz telah menyampaikan pembentangan bertajuk “Police Enforcement in Online Infringement” yang mengetengahkan peranan polis dalam menangani pelanggaran hak harta intelek secara dalam talian. Inspektor Kanan Polis Zalinda Susan Skinner, Pegawai Penyiasat, Bahagian Siasatan Jenayah Perdagangan pula turut menyertai Panel Discussion on Digital Infringement and Enforcement bersama ahli-ahli panel daripada pelbagai agensi dan organisasi.



Penyertaan ini mencerminkan komitmen PPDB dalam memperkukuh keupayaan penguatkuasaan serta kerjasama bersama agensi tempatan dan organisasi antarabangsa bagi menangani pelanggaran harta intelek dalam persekitaran digital.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
