KUALA BELAIT, Isnin 31 Jan 2022 – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) mohon kerjasama orang awam bagi menyalurkan sebarang maklumat berhubung kemalangan dipercayai langgar lari melibatkan seorang pejalan kaki (mangsa) dan sebuah kenderaan yang tidak diketahui jenis mahupun nombor pendaftaran kenderaan berkenaan.
Kejadian berlaku pada 30 Jan 2022 sekitar jam 7.30 pagi berdekatan kawasan kedai runcit di Pandan 7 berdekatan Sekolah Menengah Sayyidina Ali, Daerah Belait.
Oleh itu, dipohonkan kepada orang awam yang menyaksikan kemalangan terbabit untuk diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi talian kecemasan polis 993 untuk membantu siasatan.
Pasukan Polis Diraja Berunei mengarahkan untuk pemandu kereta yang terlibat di dalam kemalangan lari ini untuk segera membuat laporan polis berhubung kemalangan ini, berpandukan Seksyen 34(1) Penggal 68, Kewajipan memberi maklumat dalam tempoh 7 hari.
Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
