TEMBURONG, Selasa, 26 Mei 2026 – Balai Polis Bangar, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah berjaya menumpaskan aktiviti menyeludupan barang tegahan hasil maklumat yang diterima daripada orang awam. 

Pada sebelah pagi, anggota balai telah menerima maklumat mengenai aktiviti mencurigakan di Kawasan Sungai Radang, Selapon Daerah Temburong dan pemeriksaan segera telah dijalankan di lokasi berkenaan. 

Hasil pemeriksaan mendapati beberapa kotak plastik yang  mengandungi barang-barang tegahan terdiri daripada 384 tin dan 234 botol minuman keras pelbagai jenama, 60 kg buntut ayam serta 165 katon rokok pelbagai jenis.

Kesemua barang tegahan telah diserahkan kepada pihak Jabatan Kastam Eksais Diraja (JKED) untuk siasatan serta tindakan lanjut. 

PPDB merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada orang awam atas kerjasama serta penyaluran maklumat yang telah membantu pihak berkuasa dalam membanteras kegiatan yang menyalahi undang-undang. Orang ramai adalah diseru untuk terus menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan, keamanan dan kesejahteraan negara sentiasa terpeliharan.

Dikeluarkan Oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

IBU PEJABAT POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI