MANILA, PHILIPPINES, KHAMIS, 1 Oktober 2026 – Delegasi Negara Brunei Darussalam telah menghadiri ‘Regional Writeshop on Strengthening the Transnational Investigative Cooperation Under Heads of Specialist Anti-Trafficking Units (HSU) Process Mechanism‘ yang berlangsung dari 29 hingga 30 September 2026 lalu di Manila, Filipina. Delegasi tersebut terdiri daripada pegawai Unit Siasatan Pemerdagangan Manusia (USPM), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Daerah Polis Brunei-Muara, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) serta Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK).

Bengkel ini dihoskan bersama oleh ASEAN Senior Officials Meeting on Transnational Crime (SOMTC) Republik Filipina dan HSU Republik Filipina, dengan sokongan Kerajaan Australia melalui program ASEAN-Australia Counter Trafficking (ASEAN-ACT) dan United Nations Office on Drugs and Crime Regional Office for Southeast Asia and the Pacific (UNODC ROSEAP).

Bengkel ini bertujuan membincangkan dua draf, iaitu Practical Guidelines on Transnational Investigative Cooperation for TIP Cases among ASEAN Member States (zero draft) dan Draft Recommendations for the Operationalisation of the HSU Terms of Reference (TOR), serta mengumpul maklum balas daripada negara-negara ASEAN. Kedua-dua draf ini kelak akan dijadikan bahan rujukan dan garis panduan kepada agensi penguatkuasaan undang-undang dan agensi berkepentingan di negara-negara ASEAN dalam kerjasama penyiasatan kes pemerdagangan orang.

Seramai 32 peserta daripada pelbagai ASEAN Sectoral Bodies menyertai bengkel selama dua hari tersebut. Delegasi Negara Brunei Darussalam turut memberikan maklum balas dan pembentangan semasa perbincangan kedua-dua draf berkenaan.

Dikeluarkan Oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

IBU PEJABAT POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI