BRUNEI MUARA, Ahad 22 Mei 2022 – Operasi sekatan lalulintas telah dijalankan secara serentak semalam di 6 lokasi berasingan dengan melibatkan 45 orang pegawai dan anggota dari 6 Balai Polis di Daerah Brunei Muara.
Sebanyak 729 buah kenderaan telah diperiksa dan sebanyak 14 tindakan kompaun telah dikeluarkan dengan pelbagai kesalahan lalulintas.
Adapun antara lain objektif operasi sekatan ini dijalankan ialah:-
1. Untuk memperkukuhkan lagi strategi keberadaan Pihak Polis.
2. Mempertingkatkan langkah-langkah pencegahan jenayah, keselamatan dan kesejahteraan orang awam.
3. Mengurangkan dan menurunkan kadar kemalangan jalanraya terutama di musim-musim perayaan.
4. Memastikan para penguna jalanraya sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan Akta Lalulintas Jalanraya di Negara Brunei Darussalam.
Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
