BELAIT, Ahad 22 Mei – Satu operasi sepadu sekatan jalanraya telah dijalankan oleh keanggotaan Daerah Polis Belait bersama Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalulintas, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dan daripada pihak Biro Kawalan Narkotik (BKN) semalam. 

Sekatan jalanraya yang dikendalikan pada 21 Mei 2022 itu mensasarkan 2 kawasan bertempat dil ebuhraya Seria hala Belait dan Seria Bypass hala Lumut yang diketuai oleh Pegawai Siasatan Lalulintas Daerah Polis Belait, Timbalan Penguasa Polis (DSP) Alvin Goh. 

Sejumlah 42 orang keanggotaan dan ahli daripada agensi penguatkuasa undang-undang terlibat dan sebanyak 454 kenderaan telahpun dijalankan pemeriksaan lanjut. 

Daripada operasi yang dijalankan di dua (2) lokasi itu, tindakan telah diambil terhadap para pemandu atas kesalahan-kesalahan seperti;

PPDB : 25 kesalahan kompaun – Ubahsuai kenderaan, tidak mengikuti arahan polis beruniform, memasang lampu kuning di hadapan, lampu plat lesen tidak menyala dan beberapa kesalahan lagi. 

Adapun tujuan utama operasi dijalankan, adalah bagi memastikan para pengguna jalanraya untuk sentiasa patuh, mengikuti peraturan-peraturan yang telah ditetapkan di samping menjalankan tugasan memantau, mencegah serta menahan jika ada sebarang kesalahan yang melanggar undang-undang didapati. 

Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) bersama agensi penguatkuasa yang lain akan sentiasa berusaha dan tidak akan kendur-kendur dalam menanai serta melaksanakan tugasan yang telah dipertanggungjawabkan demi memastikan penduduk negara ini celik dan peka terhadap undang-undang di negara ini.

Dikeluarkan oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI