LAMUNIN, Rabu 13 Julai 2022 – Satu Operasi Sepadu sekatan jalanraya melibatkan agensi penguatkuasa undang-undang telah di kendalikan pada 12 Julai 2022 bertempat di kawasan Kg Layong, Daerah Tutong.
Operasi tersebut telah melibatkan pegawai dan keanggotaan daripada Balai Polis Lamunin, Pasukan Polis Diraja Brunei, Biro Kawalan Narkotik (BKN) serta Jabatan Pengangkutan Darat (JPD).
Operasi yang bermula pada waktu pagi itu telah diketuai oleh Pegawai Siasatan Lalulintas Daerah Polis Tutong, Penolong Penguasa Polis, (ASP) Ivy Han.
Berikutan daripada operasi berkenaan sebanyak 247 kenderaan telah diperiksa dan Pihak Polis telah mengeluarkan sejumlah 11 kesalahan kompaun yang melibatkan kesalahan-kesalahan di bawah Akta Lalulintas Jalanraya Penggal 68 seperti kesalahan memasang tabir / pelekat plastik filem, tayar nampak benang, tidak mempunyai lesen memandu, bunyi silencer ekzos bising dan beberapa kesalahan lagi.
Manakala bagi jabatan lain adalah seperti berikut;
JPD – 12 kesalahan seperti tayar botak, lebih muatan, tidak menutup muatan dan beberapa kesalahan lagi.
Peroperasian sedemikian akan terus berjalan secara berterusan dari semasa ke semasa bagi memastikan elemen-elemen yang berbaur jenayah ataupun yang berkaitan dengan kesalahan akta lalulintas akan sentiasa dibendung, dibenteras dan diambil tindakan dengan sewajarnya.
Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
