BELAIT, Rabu 27 Julai 2022 – Kolaborasi agensi-agensi penguatkuasa yang diterajui oleh Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) yang terdiri daripada Ibu Pejabat Daerah Polis Belait, Balai Polis Sungai Liang, Balai Polis Labi, Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalulintas (JSKLL) Batu 3 dan Jabatan Kastam & Eksais Diraja (JKED) telah mengendalikan satu operasi sepadu sekatan jalanraya yang dijalankan pada 25 Julai 2022. 

Operasi sekatan tersebut telah menumpukan di kawasan Lebuhraya Jalan Lumut By Pass Hala Tutong dan juga Hala ke Seria. 

Menerusi operasi tersebut, pihak polis telah berhasil menemukan serta mengambil tindakan kompaun kepada 3 orang pemandu bagi kesalahan iaitu tidak mempunyai lesen memandu yang sah dan memakai pelekat plastik filem / tabir. 

Manakala 2 kesalahan lagi melibatkan pihak Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) iaitu di bawah Seksyen 146 (1) (d) perintah Eksais 2006. 

PPDB bersama agensi-agensi penguatkuasaan yang lain akan sentiasa menguatkuasakan undang-undang dalam memberi kesedaran serta mendidik orang ramai akan kepentingan etika pemanduan yang berhemah serta menanai perundangan yang perlu dipatuhi dan ikuti dalam sasaran untuk mengurangkan kadar kesalahan-kesalahan lalulintas di negara ini.

Dikeluarkan oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI