BELAIT, Sabtu 1 Jan 2022 – Sebanyak dua (2) lokasi berasingan telah menjadi tumpuan tiga (3) agensi penguatkuasa undang-undang negara ini dalam menjalankan Operasi Sepadu Pencegahan Jenayah di kawasan tadahan Daerah Belait semalam 31 Disember 2021. 

Kolaborasi operasi tersebut melibatkan pegawai dan juga anggota yang terdiri daripada Daerah Polis Belait, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) dan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK). 

Hasil daripada pemeriksaan dan operasi yang dijalankan telah menemukan beberapa kesalahan yang melibatkan pas kerja yang mansuh. 

JIPK : 8 orang lelaki warganegara asing dikeluarkan Special Pass kerana telah didapati mempunyai pas kerja yang telah mansuh. 

Agensi-agensi penguatkuasa akan sentiasa teguh terhadap penekanan undang-undang di negara ini dalam matlamat yang utama iaitu bersama membendung, mengesan serta membanteras kegiatan-kegiatan yang cuba untuk meruntuhkan akhlak serta kesejahteraan mahupun keamanan di negara ini. 

PPDB serta agensi penguatkuasa yang lain juga ingin menasihatkan kepada orang ramai agar sentiasa berwaspada dan memberikan kerjasama yang jitu dalam perkongsian maklumat bagi mengelakkan sebarang kejadian-kejadian yang tidak diingini berleluasa tanpa sebarang pembendungan dan tindakan sewajarnya.

Dikeluarkan oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI