TEMBURONG, SELASA, 4 OGOS 2026 – Daerah Polis Temburong, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), telah melaksanakan Operasi Sepadu bersama beberapa agensi penguatkuasa di lima lokasi berasingan di Daerah Temburong.
Operasi tersebut, yang diketuai oleh Penolong Penguasa Polis Muhammad Adzimin bin Hji Ibrahim, Pegawai Jenayah Daerah (DCO) Temburong, melibatkan seramai 62 pegawai dan anggota daripada PPDB, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED), Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (JKDN) serta Biro Kawalan Narkotik (BKN).
Hasil operasi berkenaan, PPDB mengesan empat kesalahan berkaitan peraturan lalu lintas, manakala JKED mengesan 12 kesalahan berkaitan pemilikan barang tegahan. JIPK pula mengesan tiga kesalahan tinggal lebih masa di negara ini, sementara BKN mengesan dua kes penyalahgunaan dadah.



Operasi bersepadu seperti ini mencerminkan komitmen dan kesepaduan antara agensi-agensi penguatkuasa dalam memperkukuhkan usaha penguatkuasaan serta memastikan keselamatan, keamanan dan ketenteraman negara sentiasa terpelihara. Orang ramai turut diseru untuk sentiasa mematuhi undang-undang serta menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa sekiranya mengesan sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
