BELAIT, Rabu 13 Julai 2022 – Operasi Sepadu Penguatkuasa Undang-Undang yang terdiri daripada Pegawai dan keanggotaan Daerah, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED), Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK), Biro Kawalan Narkotik (BKN), Bahagian Penguatkuasa Ugama (BPU), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (JKDN) telah mensasarkan ke beberapa rumah kediaman pekerja asing di kawasan Daerah Belait.

Seramai 53 orang telah terlibat dalam operasi yang dijalankan yang diketuai oleh Pemangku Pegawai Jenayah Daerah Polis Belait, Penolong Penguasa Polis (ASP) Dennie Adli bin Haji Sulaiman. 

Hasil daripada operasi berkenaan; 

JIPK – Seramai 3 orang warga asing telah dikeluarkan special pass bagi tujuan pengesahan pasport. 

JKED – Sejumlah barangan tegahan seperti rokok dan serta peralatan vape turut ditemui dan dirampas semasa operasi dikendalikan. 

PPDB akan meningkatkan lagi usaha dalam menangani kegiatan-kegiatan negatif serta anasir-anasir jenayah hingga ke peringkat akar umbi demi menjaga keamanan, keselamatan dan kesejahteraan Negara Brunei Darussalam.

Dikeluarkan oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI