TUTONG, Ahad 9 Jan 2022 – Satu Operasi Sepadu pencegahan jenayah telah dikendalikan semalam 8 Januari 2022. Operasi berkenaan telah mensasarkan 3 buah tempat rumah kediaman di kawasan Kg Tanjong Maya dan Kg Bukit Beruang, Daerah Tutong.
Operasi tersebut itu melibatkan beberapa jabatan di dalam Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) terdiri daripada Pegawai dan anggota dari Daerah Polis Tutong, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) dan Biro Kawalan Narkotik (BKN).
Operasi yang bermula pada jam 8 malam itu diketuai oleh Pegawai Siasatan Jenayah Daerah Polis Tutong, Penolong Penguasa Polis (ASP) Pg Hj Mohamad Syahmi Azra bin Pg Hj Rajid.
Berikutan daripada operasi berkenaan, pihak penguatkuasa telah mendapati beberapa kesalahan beserta penemuan barangan tegahan seperti rokok, rokok elektronik dan peralatan dipercayai digunakan untuk penyalahgunaan dadah.
Kesemua kesalahan dan penemuan barang rampasan telah diambil tindakan oleh jabatan masing-masing.
PPDB serta agensi penguatkuasa yang lain juga ingin menasihatkan kepada orang ramai akan sentiasa berwaspada dan memberikan kerjasama yang jitu dalam perkongsian maklumat bagi mengelakkan sebarang kejadian-kejadian yang tidak diingini berleluasa tanpa sebarang pembendungan dan tindakan sewajarnya.
Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
