BELAIT, Khamis 14 Julai 202 – Satu Operasi Sepadu sekatan jalanraya telah dikendalikan semalam 13 Julai 2022 yang melibatkan beberapa agensi penguatkuasa undang-undang di Daerah Belait. 

Operasi tersebut diketuai oleh Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) melibatkan seramai 53 pegawai dan anggota daripada Balai Polis Panaga,Balai Polis Seria, Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalulintas, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED), Biro Kawalan Narkotik (BKN) dan Jabatan Pengangkutan Darat (JPD). 

Operasi telah dilaksanakan di dua (2) lokasi berasingan di kawasan tadahan Seria. Operasi tersebut telah diketuai oleh Pegawai Siasatan Lalulintas Daerah Polis Belait, Timbalan Penguasa Polis (DSP) Alvin Goh. 

Hasil daripada operasi semalam seperti berikut; 

PPDB : 10 kesalahan kompaun dikeluarkan. 

JPD : 7 kesalahan telah ditemui melibatkan Akta Lalulintas Jalanraya Penggal 68. 

JKED : 2 kesalahan melibatkan Perintah Eksais 2006. 

Pemeriksaan ke atas pemandu serta kenderaan yang digunakan adalah antara lain objektif utama operasi dikendalikan bagi memastikan peraturan-peratuan lalulintas dipatuhi dengan sebaiknya di samping tidak ada memiliki barangan-barang tegahan lebih-lebih lagi barangan yang dipercayai digunakan untuk melakukan jenayah. 

Dikeluarkan oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI