TUTONG, Rabu 18 Mei 2022 – Operasi sekatan jalanraya melibatkan Daerah Polis Tutong dan Balai Polis Tutong, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah dijalankan di kawasan Jalan Lebuhraya Muara/Tutong hala ke Tutong pada 18 Mei 2022. 

Seramai 14 orang keanggotaan yang terdiri darpada pegawai dan keanggotaan telah terlibat sama di dalam operasi tersebut diketuai oleh Pemangku Pegawai Menguasa Balai Polis Tutong, Inspektor Muhd Haiqal bin Abdullah Raman. 

Menerusi Operasi tersebut sebanyak 507 buah kenderaan telah dijalankan pemeriksaan dan telah berhasil mengeluarkan sebanyak 15 kesalahan melibatkan pengubahsuaian kenderaan daripada asal, tidak memakai tali pinggang keselamatan, memasang tabir atau pelekat plastik filem dan beberapa kesalahan lagi di bawah Akta Lalulintas Jalanraya Penggal 68. 

Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) beserta agensi penguatkuasa kerajaan akan sentiasa teguh dalam melaksanakan penguatkuasaan undang-undang di negara ini dalam matlamat yang utama iaitu bersama membendung, mengesan serta membanteras kegiatan-kegiatan yang cuba untuk meruntuhkan akhlak serta kesejahteraan mahu pun keamanan di negara ini. 

PPDB serta agensi penguatkuasa yang lain juga ingin menasihatkan kepada orang ramai akan sentiasa berwaspada dan memberikan kerjasama yang jitu dalam perkongsian maklumat bagi mengelakkan sebarang kejadian-kejadian yang tidak diingini berleluasa tanpa sebarang pembendungan dan tindakan sewajarnya.

Dikeluarkan oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI