BRUNEI MUARA, Rabu 17 Nov 2021 – Tempoh waktu ke fasa peralihan akan dikecapi dalam sedikit masa lagi. Langkah pengawalan yang diketatkan sebelum ini akan mula dikurangkan secara berperingkat mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.
Cabaran baharu dari aspek pengawalan dan keselamatan dikemaskini sesuai dengan keadaan semasa dengan bermulanya pembukaan masjid, surau dan balai-balai ibadat di seluruh negara, fasiliti-fasiliti perniagaan,kesukanan dan lain lagi pada 19 November 2021 ini.
Selanjutnya, operasi penguatkuasaan melalui Operasi Pulih masih dilaksanakan, akan tetapi akan ditukar dan dikenali sebagai Operasi Peralihan di mana jam peroperasian akan bermula jam 10 malam sehingga 4 pagi.
Berikutan dengan hasil operasi yang dilaksanakan semalam 16 November 2021 bermula jam 8 malam sehingga 4 pagi telah berhasil mencatatkan sebanyak 13 kesalahan pelanggaran arahan dan tindakan denda kompaun telah dikeluarkan kepada individu-individu berkenaan.
Pelanggaran akta mengikut urutan daerah ;
10 kesalahan di Daerah Brunei Muara
3 kesalahan di Daerah Tutong
Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) bersama agensi penguatkuasaan yang berkaitan memandang serius terhadap sebarang pelanggaran arahan yang dilakukan di sepanjang fasa peralihan berkuatkuasa.
Semasa fasa peralihan nanti, orang ramai adalah ditegaskan untuk tidak bersikap alpa dan mudah dengan kelonggaran yang diberikan pihak kerajaan. Jangan mementingkan diri sendiri, sentiasa kekal berwaspada dengan melindungi diri sendiri dan kesannya mampu melindungi satu sama yang lain.
Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
