BRUNEI MUARA, Ahad 19 Dis 2021 – Kebimbangan terhadap risiko penularan pandemik COVID-19 tidak pernah luntur daripada perhatian pihak kerajaan meskipun negara sedang berada di awal fasa endemik.
Tumpuan terhadap langkah-langkah pembendungan dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang dijalankan oleh para barisan hadapan negara masih lagi kekal dilaksanakan meskipun pelbagai sekatan telahpun dikurangkan dan dilonggarkan.
Sementara itu, masyarakat awam adalah disaran untuk sentiasa peka dan bersikap responsif dengan arahan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 yang ditetapkan, tanailah dengan bijaksana dan penuh tanggungjawab bagi memastikan negara terhindar dari sebarang kluster-kluster yang berpotensi mewujudkan kekeruhan di negara ini.
Selanjutnya ialah hasil daripada Operasi Peralihan yang dijalankan semalam 18 Disember 2021, bermula pada jam 10 sehingga 4 pagi telah mencatatkan sebanyak 6 pelanggaran arahan ditemukan.
Pelanggaran arahan mengikut urutan daerah ;
6 kesalahan di Daerah Brunei Muara
Agensi-agensi penguatkuasaan yang terlibat menerusi perlaksanaan Operasi Peralihan ini akan sentiasa berusaha melaksanakan tugasan secara menyeluruh merangkumi langkah menambah baik kewaspadaan, pengawalan dan keselamatan, mempertingkatkan ketenteraman awam, menguatkuasakan kawalan sempadan ke arah membantu negara dalam pengawalan risiko penularan jangkitan virus dan memulihkan kehidupan kepada normal pasca endemik ini.
Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
