BRUNEI MUARA, Ahad 28 Nov 2021 – Rakyat dan penduduk negara ini disaran untuk terus mematuhi garis panduan serta prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 yang telah ditetapkan pihak kerajaan, selaras dengan pelanjutan langkah-langkah pengawalan di bawah Operasi Peralihan sehingga 14 Disember 2021. 

Pelanjutan tarikh tersebut bertujuan untuk memastikan kebaikan dan kesejahteraan semua pihak sentiasa terjamin dalam usaha negara melaksanakan pembendungan risiko penularan jangkitan ini berada dalam keadaan terkawal dan dirangka dengan penuh strategik lagi holistik. 

Selanjutnya, hasil daripada Operasi Peralihan yang dijalankan semalam 27 November 2021, bermula pada jam 10 malam sehingga 4 pagi telah mencatatkan sebanyak 8 pelanggaran arahan ditemukan. 

Pelanggaran arahan mengikut urutan daerah ; 

2 kesalahan di Daerah Brunei Muara 

6 kesalahan di Daerah Belait 

Menerusi hasil jumlah dapatan terhadap pelanggaran arahan berkenaan mendapati masih lagi terdapat segelintir masyarakat awam yang masih degil terhadap pematuhan arahan yang ditekankan. 

Oleh yang demikian, PPDB mengingatkan dan menegaskan bahawa Pihak Polis bersama agensi penguatkuasa yang berkaitan tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang ingkar dan akan memastikan tindakan setimpal akan dikenakan berdasarkan peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan di Negara Brunei Darussalam.

Dikeluarkan oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI