BELAIT, Jumaat 29 Julai 2022 – Sejumlah 43 botol dan 1 tong minuman dipercayai air tuak dirampas hasil daripada operasi sepadu yang dijalankan oleh pegawai dan anggota daripada Daerah Polis Belait dan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED).
Operasi berkenaan dijalankan pada 28 Julai 2022 ke atas sebuah rumah kediaman di Kg Bukit Puan, Labi Daerah Belait.
Turut ditemukan semasa serbuan ialah 153 biji ragi dipercayai antara lain ramuan bagi membuat air tuak yang ditemui di kawasan luar pemilik rumah.
Pemilik rumah (suspek) serta kesemua barang rampasan diserahkan kepada pihak JKED bagi siasatan dan tindakan lanjut.
Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
