BRUNEI MUARA, Isnin 11 April 2022 – Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan jabatan-jabatan di bawahnya meneruskan lagi Majlis Bertadarus sempena bulan Ramadhan bagi tahun 1443H/2022M bertempat di Masjid Kg Limau Manis. 

Hadir pada majlis tersebut selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. 

Turut hadir ialah Yang Mulia Sulaiman bin Alidin, Timbalan Pesuruhjaya Polis Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), Setiausaha-Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan serta pegawai dan kakitangan JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya. 

Majlis didahului dengan penyampaian sumbangan wakaf keperluan majlis berkenaan yang disampaikan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud kepada Pegawai Hal Ehwal Masjid Kg Limau Manis, Yang Mulia Rozaime bin Haji Bunal. 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah disusuli dengan Majlis Tadarus Al-Quran dan kemudiannya diakhiri dengan bacaan Doa Selamat. 

Acara Tadarus seterusnya akan dikendalikan di Masjid Hassanal Bolkiah RPN Mentiri pada hari Khamis 14 April 2022. 

Dikeluarkan oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI