GADONG, Jumaat 7 Okt 2022 – Perkumpulan Kebajikan Isteri dan Keluarga Polis [PEKERTI] telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yassin dan Doa Kesyukuran bagi Sambutan Puja Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam pada 6 Oktober 2022. 

Tetamu Kehormat pada majlis ini ialah Yang Mulia Pengiran Datin Hajah Zauyah binti Pengiran Haji Sulaiman, isteri Pesuruhjaya Polis selaku Yang Di Pertua PEKERTI. 

Turut hadir ke majlis ini juga Yang Mulia Datin Sabrina Aziemah binti Abdullah Chong selaku Pengerusi PEKERTI, ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi PEKERTI dan ahli-ahli dari kelima-lima cawangan PEKERTI. 

Majlis dimulakan dengan menunaikan sembahyang fardhu Maghrib berjemaah, sembahyang sunat Hajat dan diikuti dengan bacaan Surah Yassin beramai-ramai yang dipimpin oleh Lans Koperal Wanita 5621 Siti Aimi binti Ali Rahman dan diikuti dengan menunaikan sembahyang Fardhu Isyak berjemaah. 

Majlis ini adalah salah satu aktiviti tahunan PEKERTI dan dikendalikan oleh Badan Keugamaan PEKERTI. Ianya adalah bertujuan untuk memperingati Puja Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri sebagai Penaung Perkumpulan Kebajikan Isteri dan Keluarga Polis [PEKERTI]. ​

Dikeluarkan oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​​