GADONG, Rabu 9 Mac 2022 – Pada Menjunjung Titah Perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, seramai tujuh (7) orang pegawai polis telah dinaikkan pangkat yang berkuatkuasa bermula pada 15 Februari 2022.
Majlis yang diadakan di Dewan Bankuet Mes, Kompleks Ibu Pejabat Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) itu telah dihadiri oleh Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), Yang Mulia Dato Paduka Seri Haji Awang Mohammad Irwan bin Haji Hambali bersama Pengiran Datin.
Turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis, pengarah-pengarah jabatan, pegawai-pegawai kanan dan ahli keluarga pegawai yang diraikan.
Pegawai-pegawai PPDB itu terdiri daripada 2 pegawai yang dinaikkan pangkat ke Penguasa Kanan Polis (Senior Superintendent of Police), 2 orang pegawai dinaikkan pangkat ke Penguasa Polis (Superintendent of Police), seorang (1) pegawai dinaikan pangkat ke Ketua Inspektor Polis (Chief Inspektor) dan 2 orang pegawai lagi dinaikkan pangkat ke Inspektor Kanan (Senior Inspektor).
Majlis kemudiannya diakhiri dengan bacaan Doa Selamat yang dipimpin oleh APO Staf Sarjan 6472 Mohammad Yusri bin Haji Abu Bakar, Imam Surau Ibu Pejabat Polis Gadong.
Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
