GADONG, Isnin 6 Dis 2021 – Pada Menjunjung Titah Perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, seramai enam (6) orang pegawai polis telah dinaikkan pangkat yang berkuatkuasa bermula pada 1 November 2021. 

Majlis yang diadakan di Dewan Bankuet Mes, Kompleks Ibu Pejabat Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) itu telah dihadiri oleh Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), Yang Mulia Dato Paduka Seri Haji Awang Mohammad Irwan bin Haji Hambali bersama Pengiran Datin. 

Turut hadir ialah pengarah-pengarah jabatan, pegawai-pegawai kanan dan ahli keluarga pegawai yang diraikan. 

Pegawai-pegawai PPBD itu terdiri dari seorang pegawai dinaikkan pangkat ke Penolong Pesuruhjaya Polis (Assistant Commissioner of Police), tiga pegawai dinaikkan pangkat ke Pemangku Timbalan Penguasa Polis (Acting Deputy Superintendent of Police) dan dua orang pegawai lagi dinaikkan pangkat ke Penolong Penguasa Polis (Assistant Superintendent of Police). 

Majlis kemudiannya diakhiri dengan bacaan Doa Selamat yang dipimpin oleh Imam Surau Ibu Pejabat Polis Gadong. 

Dikeluarkan oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI