GADONG, KHAMIS, 1 Oktober 2026 – Pasukan Simpanan Polis ‘D’ Kompeni, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Ulang Tahun Ke-40 penubuhannya di Dewan Muzakarah, Pasukan Simpanan Polis ‘D’ Kompeni.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Penolong Pesuruhjaya Polis Haji Hamri Aslan bin Haji Abu Hanapiah, Pemangku Pengarah Jabatan Gerakan, PPDB.

Majlis ini diadakan sebagai tanda kesyukuran atas pencapaian pasukan sepanjang empat dekad sejak ditubuhkan pada 30 September 1986, di samping mengenang jasa para pegawai dan anggota, sama ada yang masih berkhidmat, telah bersara mahupun yang telah meninggal dunia. Doa turut dipanjatkan agar seluruh warga pasukan terus diberikan keselamatan dan kekuatan dalam melaksanakan tanggungjawab.

Dikeluarkan Oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

IBU PEJABAT POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI