BRUNEI MUARA, Khamis 23 Dis 2021 – Satu Majlis Penyerahan Derma Anak-Anak Yatim anjuran Perkumpulan Kebajikan Isteri dan Keluarga Polis (PEKERTI) telah diadakan pada pagi tadi 23 Disember 2021 bertempat di kawasan lobi Mes Pegawai, Kompleks Ibu Pejabat Polis Gadong.
Tetamu kehormat pada majlis berkenaan ialah Yang Mulia Pengiran Datin Hajah Zauyah binti Pengiran Haji Sulaiman, Isteri kepada Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) selaku Yang Dipertua PEKERTI. Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Mulia Sabrina Aziemah binti Abdullah Chong Isteri kepada Timbalan Pesuruhjaya Polis selaku Pengerusi PEKERTI serta kehadiran ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi PEKERTI.
Seramai 106 anak-anak yatim terlibat dalam majlis ini yang dikendalikan secara pandu lalu. Derma sumbangan juga adalah daripada kumpulan derma tabung anak-anak Yatim PEKERTI.
Dengan adanya aktiviti berkebajikan ini, sedikit sebanyak akan dapat membantu menampung perbelanjaan dalam membuat persiapan bagi menjelang awal musim persekolahan tahun 2022 yang bakal mendatang. Majlis ini adalah aktiviti tahunan PEKERTI dan juga merupakan salah satu pendekatan kebajikan dalam menyalurkan sumbangan khusus kepada anak-anak yatim Pasukan Polis Diraja Brunei.
Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
