TUTONG, KHAMIS, 6 Ogos 2026 – Seramai 17 orang guru dan murid dari Sekolah Rendah Benutan, Tutong, yang terdiri daripada pelajar Pra hingga Darjah 6, telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Balai Polis Tutong, Daerah Polis Tutong, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB).

Hadir semasa lawatan tersebut ialah Pegawai Pemerintah Daerah Polis Tutong, Penguasa Haji Irham bin Haji Muhd Arshad, bersama pegawai dan anggota Daerah Polis Tutong.

Sepanjang lawatan, para peserta telah diberikan taklimat oleh Unit Perhubungan Awam (UPA) mengenai kesedaran dan pencegahan jenayah sebelum mengadakan lawatan ke beberapa tempat di balai tersebut. Mereka turut menyaksikan demonstrasi taktik kontak, persembahan kawad, serta pameran aset dan peralatan kepolisan termasuk peralatan yang digunakan oleh Unit Sokongan Siasatan Tempat Kejadian Daerah (DCSSU).

Lawatan tersebut bertujuan memberi pendedahan kepada para murid mengenai peranan dan tanggungjawab PPDB dalam memelihara keselamatan dan ketenteraman awam, di samping mengeratkan hubungan antara pihak polis dengan institusi pendidikan serta masyarakat.

Dikeluarkan Oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

IBU PEJABAT POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI