GADONG, Sabtu 8 Jan 2022 – Perkumpulan Kebajikan Isteri dan Keluarga Polis (PEKERTI) telah mengadakan Kempen Derma Darah anjuran bersama kakitangan Tabung Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (RIPAS), Kementerian Kesihatan bertempat di Stadium Polis, Gadong pada pagi 8 Januari 2022. 

Seramai 64 orang penderma terdiri daripada pegawai dan ahli pangkat rendah Pasukan Polis Diraja Brunei serta ahli keluarga telah turut serta dalam menjayakan kempen derma darah ini. 

Adapun kempen derma darah pada tahun ini bertemakan “Penderma Darah adalah Penyelamat” adalah berhasrat untuk mewujudkan rasa kasih sayang di samping menanamkan sifat beramal jariah bagi sama-sama membantu menambah dan meningkatkan simpanan tabung darah negara. 

Kempen seumpama ini juga akan sentiasa diteruskan lagi pada masa akan datang hasil dengan kerjasama daripada Pusat Pendermaan Darah, Hospital RIPAS.

Dikeluarkan oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI