BELAIT, Jumaat 25 Mac 2022 – Satu kolaborasi serbuan melibatkan keanggotaan detektif daripada Ibu Pejabat Polis dan balai-balai Polis di Daerah Belait telah dikendalikan semalam 24 Mac 2022 di kawasan Jalan Sungai Pandan, Kuala Belait.
Dalam serbuan berkenaan, Pihak Polis telah berhasil menahan seramai 26 orang suspek dipercayai terlibat dengan kegiatan perjudian jenis ‘Paikaw’.
Semasa siasatan awal yang dijalankan telah menemukan beberapa bahan bukti seperti sejumlah wang tunai, daun terup, buah dadu, buah Paikaw serta beberapa alat yang diguna pakai bagi permainan perjudian tersebut. Kesemua tangkapan bersama barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Daerah Polis Belait bagi siasatan lanjut.
Kes ini disiasat dibawah Akta Rumah Judi Terbuka Penggal 28.
Pasukan Polis Diraja Brunei akan sentiasa membuat pemantauan, menjejak serta mengesan penjenayah-penjenayah yang hendak bertapak dan menjalankan aktiviti-aktiviti haram di negara ini.
Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
