BRUNEI MUARA, Khamis 18 Nov 2021 – Baru-baru ini telah tular di media-media sosial memaparkan gambar sebuah kenderaan yang telah mencetuskan banyak sentimen negatif menjurus kepada perbuatan dan tingkah laku pemandu kenderaan berkenaan. 

Mengenai dengan perkara ini, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) mengambil perhatian mengenainya dan seterusnya mengesahkan bahawa satu aduan telah dilaporkan ke Balai Polis Berakas, PPDB berkenaan insiden dipercayai perbuatan buli jalanraya dan siasatan telapun dijalankan mengenainya. 

Menerusi siasatan tersebut pemandu akan berdepan dengan kesalahan di bawah seksyen 506 Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah yang boleh membawa kepada pemenjaraan selama suatu tempoh yang boleh sampai 3 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali; dan jika ancaman itu menyebabkan kematian atau cedera parah atau menyebabkan kebinasaan apa-apa harta dengan pembakaran atau menyebabkan kesalahan yang boleh dihukum mati atau dihukum penjara selama suatu tempoh yang boleh sampai 7 tahun atau mentohmah seorang perempuan sebagai jalang, hendaklah dihukum penjara selama suatu tempoh yang boleh sampai 7 tahun atau denda atau kedua-duanya. 

PPDB menegaskan kepada orang ramai untuk tidak bertindak sehingga menjerumuskan diri kepada perbuatan jenayah. Undang-undang negara akan sentiasa ditegakkan dan dikuatkuasakan bagi menjaga keselamatan orang awam serta ketenteraman dan keamanan negara.

Dikeluarkan oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI