TUTONG, Ahad 17 Julai 2022 – 3 operasi sepadu sekatan jalanraya telah dikendalikan secara berasingan oleh agensi penguatkuasaan undang-undang di Daerah Tutong pada 16 Julai 2022.
Dalam keseluruhan operasi seramai 51 orang pegawai dan anggota telah terlibat terdiri daripada Ibu Pejabat Daerah Polis Tutong, Balai Polis Tutong, Balai Polis Lamunin dan Biro Kawalan Narkotik (BKN) dan diketuai oleh Pegawai Siasatan Jenayah Daerah Polis Tutong, Penolong Penguasa Polis (ASP) Pg Hj Mohamad Syahmi Azra bin Pg Hj Rajid.
Hasil daripada 3 operasi berkenaan telah menemukan beberapa kesalahan di bawah akta masing-masing.
PPDB : 19 kesalahan kompaun dikeluarkan melibatkan kesalahan di bawah Akta Lalulintas Jalanraya Penggal 68 seperti memandu kenderaan yang tidak layak dari segi keselamatannya, tayar keluar mudguard, gagal memasang lampu kenderaan dan beberapa kesalahan lagi.
Operasi sedemikian dijalankan adalah bagi memastikan para pengguna jalan raya sentiasa mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan di samping menjalankan tugasan memantau, mencegah serta membuat penahanan jika ada sebarang individu yang didapati membuat kesalahan yang melanggar undang-undang.
Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
