GADONG, Khamis 28 April 2022 – Bagi memperingati peristiwa agung Nuzul Al-Quran iaitu peristiwa turunnya Ayat Al-Quran yang pertama sebagai wahyu Allah Subhanahu Wata’ala kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, Pasukan Polis Diraja Brunei melalui kelolaan Badan Ugama Islam (BUI) PPDB telah mengadakan Majlis Ceramah Khas Sempena Sambutan Nuzul Al-Quran bagi tahun 1443H/2022M bertempat di Surau Polis Gadong, Pasukan Polis Diraja Brunei. 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis PPDB, Yang Mulia Awang Sulaiman bin Alidin. 

Juga hadir para-para Pengarah, Timbalan Pengarah, Pegawai-Pegawai Pemerintah Daerah Polis, Ketua-Ketua Formasi, Pegawai-Pegawai serta warga kakitangan dan anggota Pasukan Polis Diraja Brunei. 

Majlis dimulakan dengan sembahyang Fardhu Zohor berjemaah dan diikuti dengan Majlis Ceramah Khas bertajuk ‘Mencari Malam Lailatul Qadar’ yang disampaikan oleh penceramah undangan Yang Mulia Ustaz Muhammad Yussof Hj Abd Majid, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II, Unit Kaunseling dan Kefahaman Agama (KAFA), Kementerian Hal Ehwal Ugama. 

Majlis kemudian diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah undangan dan bacaan doa selamat oleh Imam Surau Polis Gadong, PPDB.

Dikeluarkan oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI