BRUNEI MUARA, Rabu 13 April 2022 – Bersempena menyambut Bulan Ramadhan yang penuh dengan keampunan dan keberkatan. Badan Ugama Islam, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah mengendalikan satu ceramah agama di Surau Sementara, Dewan Persidangan PPDB, Ibu Pejabat Polis, Gadong. 

Ceramah agama bertajuk ‘Ramadhan, jangan sia sia kan’ telah disampaikan oleh penceramah undangan Yang Mulia Ustaz Isham bin Ismail, Pegawai Perkembangan Ugama, Pusat Dakwah Islamiah.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Mulia Dato Paduka Seri Haji Awang Mohammad Irwan bin Haji Hambali, Pesuruhjaya Polis PPDB. Turut hadir ialah Timbalan Penguasa Polis (DSP) Yang Mulia Mohamad Amirruddin bin Haji Tunjang selaku Pengerusi Badan Ugama Islam (BUI), para pengarah, timbalan pengarah, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai, keanggotaan dan kakitangan awam PPDB. 

Intipati ceramah berkenaan mengungkap mengenai keistimewaan dan kelebihan Bulan Ramadhan di mana umat islam menumpukan sepenuh masa dan perhatian mereka dalam melaksanakan ibadah puasa dan amalan-amalan bagi merebut tawaran dan ganjaran yang Allah sediakan di sepanjang Bulan Ramadhan ini.

Dikeluarkan oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI