BANDAR SERI BEGAWAN, KHAMIS, 20 OGOS 2026 –  Bahagian Siasatan Jenayah Siber (BSJS), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) telah menyampaikan taklimat “Penipuan Dalam Talian” kepada 50 orang kakitangan BEDB di Anggerek Desa.

Taklimat yang disampaikan oleh Ketua Inspektor Adinin bin Haji Ahmad memberi pendedahan mengenai modus operandi penipuan dalam talian, di samping meningkatkan kesedaran tentang kesalahan menjadi keldai akaun (mule akaun) serta langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa jenayah siber.

BSJS akan terus memperkukuh kerjasama dengan agensi kerajaan dan swasta dalam memperluaskan usaha kesedaran bagi membendung jenayah siber di negara ini.

Dikeluarkan Oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

IBU PEJABAT POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI