Seiring kemajuan kecerdasan buatan (AI), video dan audio palsu atau deepfake kini semakin sukar dibezakan daripada yang asli. Wajah, suara dan pergerakan seseorang boleh ditiru seolah-olah mereka benar-benar melakukan atau mengatakan sesuatu.
Kandungan sebegini boleh disalahgunakan untuk menyebarkan maklumat palsu, mencemarkan nama baik seseorang dan memperdaya orang ramai.
Ingat: video yang kelihatan asli tidak semestinya benar. Sahkan maklumat daripada sumber yang dipercayai.
