TEMBURONG, Rabu, 24 Jun 2026 – Anggota Pasukan Polis Simpanan ’C’ Kompeni (Polis Hutan) telah mengesan satu lokasi dipercayai tempat kegiatan pemunggahan yang melibatkan barang-barang tegahan di kawasan Kampung Bokok, Daerah Temburong.

Hasil pemeriksaan lanjut yang dijalankan oleh anggota Balai Polis Bangar di lokasi kejadian mendapati sejumlah barang tegahan telah ditinggalkan, iaitu sebanyak 180 botol dan 144 tin minuman keras pelbagai jenama. Kesemua barang tegahan tersebut telah dirampas dan dibawa ke Balai Polis Bangar dan diserahkan ke pihak Jabatan Kastam & Eksais Diraja (JKED) bagi tindakan selanjutnya.

PPDB menyeru orang ramai agar terus memberikan kerjasama dengan menyalurkan sebarang maklumat mengenai kegiatan penyeludupan dan jenayah kepada pihak berkuasa. Kerjasama dan kepekaan masyarakat amat penting bagi membanteras kegiatan barang-barang tegahan demi memelihara keselamatan, keamanan dan kesejahteraan negara.

Dikeluarkan Oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

IBU PEJABAT POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI