BRUNEI MUARA, Khamis, 18 Jun 2026 – Dalam usaha mempertingkatkan kesedaran dan memperkukuhkan inisiatif membenteras jenayah pemerdagangan orang di Negara Brunei Darussalam (NBD), Unit Siasatan Pemerdagangan Manusia (USPM), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) baru-baru ini telah mengadakan taklimat jerayawara mengenai Jenayah Pemerdagangan Orang (Trafficking in Persons) bertempat di Suruhanjaya Tinggi Republik Rakyat Bangladesh, Jalan Kebangsaan, Berakas.
Taklimat tersebut disampaikan oleh Timbalan Penguasa Polis Hajah Anis @ Roszaffina binti Haji Ahmad, Ketua USPM, dan dihadiri oleh Puan Yang Terutama Naureen Ahsan, Duta Besar Suruhanjaya Tinggi Republik Rakyat Bangladesh, serta para kakitangan.


Objektif utama taklimat ialah untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada para peserta mengenai kaedah mengenal pasti potensi mangsa jenayah pemerdagangan orang di negara ini. Pihak penguatkuasa dan agensi barisan hadapan, khususnya kakitangan Suruhanjaya tersebut, disarankan untuk sentiasa berwaspada dan proaktif dalam mengenal pasti identiti pekerja warga Bangladeh bekerja dinegara ini, yang berkemungkinan terperangkap dan dieksploitasi sebagai mangsa pemerdagangan manusia.
Kerjasama daripada semua pihak amat diperlukan dalam memainkan peranan masing-masing bagi membantu PPDB menangani dan memerangi jenayah pemerdagangan manusia.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
