GADONG, Khamis 22 Dis 2022 – Satu majlis penyampaian derma untuk anak-anak yatim bagi warga Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah diadakan secara pandu lalu bertempat di kawasan Lobi Mess, Kompleks Ibu Pejabat Polis Gadong pada 22 Disember 2022. 

Majlis berkenaan telah dikendalikan sepenuhnya oleh Badan Kebajikan Am Perkumpulan Kebajikan Isteri dan Keluarga Polis (PEKERTI) yang melibatkan seramai 82 orang anak-anak yatim. 

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyampaikan derma ialah Yang Mulia Pengiran Datin Hajah Zauyah binti Pengiran Haji Sulaiman, Isteri kepada Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei selaku Yang Dipertua PEKERTI. 

Turut hadir bagi sama-sama menyampaikan derma berkenaan ialah Yang Mulia Datin Sabrina Aziemah binti Abdullah Chong, Isteri kepada Timbalan Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei selaku Pengerusi PEKERTI beserta ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi PEKERTI yang lain. 

Majlis ini juga adalah aktiviti tahunan PEKERTI dan merupakan salah satu usaha untuk menyalurkan sumbangan khusus kepada anak-anak yatim PPDB bertujuan untuk membantu sedikit sebanyak dalam menampung perbelanjaan awal musim persekolahan bagi tahun 2023. 

Dikeluarkan oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​​