TUTONG, Selasa 25 Okt 2022 – Satu operasi sepadu sekatan jalanraya telah dikendalikan oleh agensi penguatkuasaan undang-undang di Daerah Tutong pada 24 Oktober 2022. 

Operasi tersebut melibatkan seramai 30 orang pegawai, anggota dan ahli terdiri daripada Ibu Pejabat Daerah Polis Tutong, Balai Polis Tutong Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), Jabatan Kastam dan Eksias Diraja (JKED), Biro Kawalan Narkotik (BKN) dan Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) yang diketuai oleh Pegawai Siasatan Lalulintas Daerah Polis Tutong, Penolong Penguasa Polis (ASP) Ivy Han. 

Hasil daripada operasi berkenaan telah menemukan beberapa kesalahan di bawah akta masing-masing. 

PPDB : 26 kesalahan kompaun dikeluarkan melibatkan kesalahan dibawah Akta Lalulintas Jalanraya Penggal 68 seperti memandu kenderaan yang tidak layak dari segi keselamatannya, tayar keluar mudguard, gagal memasang lampu kenderaan dan beberapa kesalahan lagi. 

JKED : 3 individu ditahan melibatkan kesalahan dibawah Perintah Eksais 2006 seperti penemuan rokok tegahan dan memiliki rokok elektronik (Vape). 

JPD : 11 kesalahan kompaun dikeluarkan melibatkan kesalahan dibawah Akta Lalulintas Jalanraya Penggal 68 seperti membawa muatan lebih berat daripada yang dibenarkan, tidak membawa sijil kelayakan dan beberapa kesalahan lagi. 

Operasi sedemikian dijalankan adalah bagi memastikan para pengguna jalan raya sentiasa mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan di samping menjalankan tugasan memantau, mencegah serta membuat penahanan jika ada sebarang individu yang didapati membuat kesalahan yang melanggar undang-undang. 

Dikeluarkan oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​​