BELAIT, Khamis 28 Julai 2022 – Balai Polis Seria, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah mengesahkan menerima laporan mengenai seorang lelaki tidak sedarkan diri di temui di kawasan berdekatan Jambatan Jalan Tengah Sungai Bera, Seria. Daerah Belait pada 26 Julai 2022 sekitar jam 7.57 pagi. 

Lelaki tersebut telah disahkan meninggal dunia ditempat kejadian oleh ahli paramedik bertugas dan kemudiannya dibawa ke Rumah Sakit RIPAS bagi menjalani bedah siasat. 

Dalam pada itu, seorang lelaki telah turut ditahan oleh pihak polis bagi membantu siasatan kes ini. 

Jika sabit kesalahan suspek boleh didakwa di bawah; 

1) Seksyen 304A Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 iaitu Menyebabkan kematian dengan memandu kenderaan bermotor secara gopoh atau cuai; 

2) Seksyen 27 (1) Akta Lalulintas Jalan Raya Penggal 68 iaitu Menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu atau berbahaya; 

3) Seksyen 27 (3) Akta Lalulintas Jalanraya Penggal 68, Hilang kelayakan memegang atau memperolehi sebarang lesen memandu mana-mana kenderaan dari tarikh kesabitan berkenaan; 

4) Seksyen 24 Akta Lalulintas Jalanraya Penggal 68, Lari deras melebihan had laju yang dibenarkan dikawasan tersebut; 

 5) Seksyen 34 Akta Lalulintas Jalanraya Penggal 68 iaitu Kewajipan memberi maklumat;

 6) Seksyen 31 Akta Lalulintas Jalanraya, Penggal 68 gagal memberi bantuan kepada orang yang cedera, yang jika sabit kesalahan, pesalah akan dihukum penjara setahun dan denda 8,000;

7) Seksyen 33 (6) Akta Lalulintas Jalanraya, Penggal 68 Gagal memberhentikan dan memberi bantuan;

8) Seksyen 33(7) Akta Lalulintas Jalanraya, Penggal 68 Gagal memberhentikan dan memberi bantuan akibat kemalangan yang telah menyebabkan kecederaan serius atau kematian. Jika didapati bersalah, suspek akan berdepan hukuman penjara 12 bulan dan denda $3,000.

Dikeluarkan oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI