MUARA, Khamis 14 Julai 2022 – Bagi mengesan dan mencegah sebarang kegiatan-kegiatan yang menyalahi undang-undang di perairan negara ini, satu operasi sepadu telah dikendalikan hasil daripada kolaborasi di antara Unit Operasi Khas Polis Marin, Jabatan Gerakan, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) dan Bahagian Kawalan Makanan Halal (BKMH) di kawasan persekitaran perairan zon Brunei Muara pada 13 Julai 2022. 

Sepanjang operasi dijalankan tidak ada mendapati sebarang pelanggaran kesalahan ditemukan. 

PPDB beserta agensi penguatkuasa undang-undang yang lain akan sentiasa meningkatkan kekerapan rondaan dan pemeriksaan rambang di kawasan perairan negara ini bagi memastikan tiada ada pelanggaran undang-undang berlaku serta percubaan-percubaan bagi menyeludup barang-barang tegahan. 

Di samping itu, PPDB juga mengingatkan kepada masyarakat awam agar memainkan peranan sewajarnya selaku mata dan telinga pihak berkuasa dalam sama-sama membantu mengongsikan maklumat bagi mengekalkan keselamatan dan keamanan di perairan Negara Brunei Darussalam.

Dikeluarkan oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI