TEMBURONG, Ahad 10 Julai 2022 – Satu insiden kejar mengejar telah berlaku semalam, setelah sebuah kenderaan yang dikerah untuk memberhentikan kenderaan bertindak ingkar bagi menjalani pemeriksaan pihak polis.
Kejadian berkenaan berlaku pada 9 Julai 2022 sekitar awal malam bilamana sebuah kenderaan yang mencurigakan telah dikesan di kawasan Pekan Bangar diarah untuk berhenti oleh pihak polis. Walau bagaimanapun, pemandu kenderaan yang mencurigakan (suspek) bertindak untuk mengendahkan lalu memecut cuba untuk melarikan diri sehingga berjaya ditahan di kawasan Jalan Kg Sibulu, Daerah Temburong.
Hasil pemeriksaan pihak polis terhadap kenderaan tersebut mendapati kenderaan tersebut tidak dilindungi insuran dan cukai jalan yang sah. Pemeriksaan selanjutnya juga mendapati suspek memiliki peralatan yang dipercayai digunakan untuk penyalahgunaan dadah.
Suspek merupakan seorang lelaki warga tempatan berumur 38 tahun.
Suspek dan barang rampasan diserahkan ke Biro Kawalan Narkotik (BKN) bagi peralihan kes dan seterusnya siasatan lanjut pihak BKN.
Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) akan sentiasa memastikan penugasan di kawasan sempadan dipantau dan diperketatkan dari masa ke semasa. Ianya adalah bertujuan untuk menyekat sebarang kemasukan-kemasukan yang berbentuk jenayah seperti penyeludupan barangan secara haram dan sebagainya.
Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
