GADONG, Selasa 5 Julai 2022 – Majlis Sukan Polis Diraja Brunei (MSPDB) telah mengadakan Perlawanan Kejohanan Bulu Tangkis Bagi Anggota Pangkat Rendah Pasukan Polis Diraja Brunei, Anjuran Majlis Sukan Polis Diraja Brunei (PPDB) yang telah berlangsung pada 4 Julai 2022 bertempat di Stadium Hassanal Bolkiah, Ibu Pejabat Polis Gadong.
Hadir selaku tetamu kehormat, Pesuruhjaya Polis PPDB, Yang Mulia Dato Paduka Seri Haji Awang Mohd Irwan bin Haji Hambali dan juga turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis PPDB Yang Mulia Awang Sulaiman bin Alidin.
Antara yang hadir menyaksikan perlawanan akhir berkenaan, Pengerusi-pengerusi Cawangan PPDB, Pegawai-pegawai dan juga anggota PPDB.
Perlawanan akhir berkenaan menyaksikan pertemuan 3 kategori bergu yang bersaing menerusi kategori iaitu bergu lelaki veteran, bergu wanita terbuka dan bergu lelaki terbuka.
Pada perlawanan akhir beregu lelaki veteran, pasangan Staf/Sjn 2765 Muhd Nadzrin Abdullah dan Staf/Sjn 3982 Haji Zainal Abidin Haji Abd Ghani mengalahkan pasangan Sjn 2842 Repin bin Haji Angkis dan Kpl 4242 Ashrin Shamsul, sekali gus menyandang sebagai johan dan naib johan bagi kategori berkenaan.
Johan bagi perlawanan akhir kategori bergu wanita terbuka telah dimenangi oleh pasangan W.Sjn 5143 Noor Nekma Rainah Hj Rosley dan W.APO/L/Kpl 6853 Mas Susilawati binti Haji Sulaiman setelah menumpaskan pasangan W.Kpl 4917 Siti Norasmah binti Safar dan W.APO 6852 Norkhafizah.
Manakala pasangan Sjn 2842 Repin bin Haji Angkis dan L/Kpl 4861 Muhammad Zuhar bin Hamir menyandang johan bagi kategori bergu lelaki terbuka setelah menumpaskan pasangan PC 6526 Nur Erdy bin Mohammad Dily Alias dan PC 6528 Zulhilmi bin Abdul Aziz.
Tetamu Kehormat, Pesuruhjaya Polis PPDB Dato Paduka Seri Haji Awang Mohd Irwan bin Haji Hambali telah berkesudian menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan.
Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
