TUTONG, Sabtu 4 Jun 2022 – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) melalui Daerah Polis Tutong sentiasa berusaha dalam meningkatkan kesiapsiagaan khususnya menangani pembenterasan sebarang aktiviti-aktiviti jenayah dan juga yang berkaitan dengan pelanggaran akta lalulintas. Salah satu strategi yang memberikan impak dan sangat berkesan ialah melalui operasi-operasi melibatkan sekatan jalanraya.
Selain mengesan kesalahan berkaitan lalulintas ianya turut memberikan kesan dalam memberikan pendidikan dan kesedaran kepada para pemandu akan kepentingan mematuhi akta lalulintas bagi tujuan kebaikan serta kemaslahatan penduduk dan rakyat negara ini.
Sehubungan itu, satu operasi sekatan lalulintas telah dikendalikan pada 4 Jun 2022 oleh keanggotaan Daerah Polis Tutong dan Balai Polis Tutong dan turut mencatatkan sebanyak 1 kesalahan doket dan 12 kesalahan kompaun.
Antara kesalahan doket dan kompaun yang dikeluarkan seperti kenderaan tidak dilindungi insuran, tidak ada hon, plat lesen tidak terang atau tidak jelas, tidak nampak benang dan beberapa kesalahan lagi.
Operasi sedemikian akan sentiasa dijalankan dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
